Pusat Pendidikan Muhammad Al Fateh SABAH
Pusat Pendidikan Muhammad Al Fateh SABAH
Pusat Pendidikan Muhammad Al Fateh SABAH
Bantu kami menyempurnakan pembinaan pusat pendidikan untuk generasi pewaris Al-Quran di bumi Sabah.
Sumbang SekarangKisah wakaf tanah dan perjuangan dakwah di Sabah
Aling bin Pilang, etnik Dusun meninggal dunia pada akhir tahun 1991. Pada asalnya seorang yang tidak beragama merupakan bekas ketua kampung yang agak berharta di kawasan itu. Setelah memeluk Islam beliau mewakafkan 6 ekar tanah dan terbinalah Pondok Fi Dhilal al-Quran. Kini aktiviti pengajian dan dakwah diteruskan di tapak yang sama menggunakan nama Pusat Pendidikan Muhammad Al-Fateh sejak tahun 2014.
Gambar: Ustaz Mustaqim (di tengah: anak kepada Aling bin Pilang, muallaf yang mewakafkan tapak) bersama Ustaz Husni Zaim (Mudir)
Menurut anak-anak beliau, Mohd Aminuddin dan Ustaz Mustaqim, sekitar akhir tahun 70-an hanya abang mereka, Hasanuddin seorang sahaja yang memeluk Islam dalam kampung mereka. Abang mereka ini, seorang tentera telah memeluk Islam semasa bertugas di Kedah. Setelah mengetahui hal tersebut, ayah sangat marah dan mengancam membunuh jika abang pulang ke kampung.
Setelah tiga tahun, barulah abang mereka pulang hingga menimbulkan perasaan ingin tahu adik-adiknya tentang Islam. Pada mulanya, Mohd Aminuddin, isteri dan anak-anak yang memeluk Islam pada tahun 1982. Akhirnya setahun kemudian, kesemua lima orang adik-beradik yang lain memeluk Islam. Kemudian, langkah ini diikuti ayah dan ibu mereka yang memeluk Islam sekitar tahun 1988.
Pada 30 Julai 1991, Aling bersama anaknya Mohd Aminuddin telah mewakafkan tanah mereka itu bersama surat akuan disaksikan Yang Dipertua Mahkamah Majistret di Kota Belud. Mereka secara sukarela membuat akuan bahawa tiada waris yang boleh menuntut tanah tersebut selepas mereka meninggal dunia.
Setelah selesai urusan wakaf, satu mesyuarat Jawatankuasa Penaja pentadbiran pondok yang pertama telah diadakan pada 3 Ogos 1991 dengan dihadiri oleh 11 orang. Mesyuarat tersebut bersetuju membentuk Jawatankuasa Tadbir Pondok seramai 22 orang dengan dipengerusikan oleh Mohd Aminuddin. Usaha seterusnya dibuat untuk mendapat kelulusan daripada Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS). Akhirnya pada 24 Januari 1992, kelulusan tersebut diperolehi dengan ditandatangani oleh Pengarah Dakwah MUIS ketika itu, Tn. Hj. Ahmad Othman.
"Ustaz Husni Zaim, berkelulusan daripada Universiti Al-Azhar, Mesir merupakan pendakwah bebas yang bergerak aktif dalam usaha-usaha dakwah di Sabah dan Sarawak telah diberi kepercayaan dan diamanahkan untuk memikul tanggungjawab sebagai Mudir sejak tahun 2014."
Gambar: Ustaz Junid (kiri: anak kepada Aling bin Pilang) bersama Ustaz Husni Zaim (Mudir)
Kronologi kerja-kerja baik pulih dan pembinaan bersama gambar dokumentasi
Sebelum kerja-kerja pembinaan/penambahbaikan bermula.
Permulaan kerja-kerja membaik-pulih bumbung dan atap Surau yang uzur demi keselesaan dan keselamatan para pelajar.
Perkembangan kerja-kerja membaik-pulih dinding, lantai tingkat atas dan bawah Surau yang uzur demi keselesaan dan keselamatan para pelajar.
Perkembangan terkini kerja-kerja membaik-pulih siling tingkat atas dan tangga konkrit Surau demi keselesaan dan keselamatan para pelajar.
Pembelian cat dan mozek bagi memastikan kelancaran kerja-kerja baik pulih Surau dan Asrama.
Pemasangan lantai/flooring tingkat atas Surau.
Kerja-kerja pembinaan Pusat Pendidikan Muhammad Al Fateh juga terhenti akibat pendemik. Alhamdulillah kini kerja-kerja yang tertangguh telah dimulakan semula.
Pada tahun 2020, kebanyakan binaan seperti pondok dan surau berkeadaan uzur dan perlu dibaik-pulih. Kerja-kerja baik-pulih surau, asrama, dapur dan pembinaan pondok-pondok tambahan telah dilaksanakan menggunakan dana hasil sumbangan orang ramai.
⚠️ Perkembangan Terkini
Proses baik-pulih dan pembinaan mungkin akan tergendala kerana kekurangan dana. Kami memohon sumbangan saudara/saudari bagi membantu kelancaran projek ini.
* Sumbangan boleh dibuat melalui bank transfer, e-wallet, atau kad debit/kredit.
Teruskan sokongan anda.
Terus menyumbang kepada usaha dakwah di bumi Sabah.
Pusat Pendidikan Muhammad Al Fateh SABAH